Rabu, 15 Julai 2020
Senarai Nama Ahli Kumpulan
Link Untuk Nota
Pembelajaran Berasaskan Sumber
Bahan dan Perkakasan Yang Terdapat Dalam Pusat Sumber Sekolah
Pembentukan Pusat Sumber Sekolah
Pengurusan Sumber
1. PENDAHULUAN
Seperti yang kita ketahui di setiap sekolah tidak kiralah di sekolah rendah mahupun sekolah menengah sudah tentulah mempunyai satu ruang yang dikenali sebagai pusat sumber. Pusat sumber tidaklah sekadar sebuah tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa malah ia juga merupakan suatu perkhidmatan yang ditawarkan bagi membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Pusat sumber juga menyediakan koleksi bahan yang lengkap dan sentiasa dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Selain itu, pusat sumber adalah satu agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran.
Tujuan pusat sumber ditubuhkan adalah untuk memastikan kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah dapat ditingkatkan dan dikekalkan. Selain itu, ianya memudahkan para pelajar untuk mencari bahan rujukan sekiranya kurang memahami apa yang diajar sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, dapat memupuk tabiat belajar dalam suasana yang selesa. Juga, penghasilan bahan yang dilakukan oleh pelajar seperti folio dapat dipamerkan dan menjadi tarikan baik kepada pelajar lain mahupun guru-guru. Seterusnya, menyediakan perkhidmatan pembelajaran yang baik serta kemahiran maklumat yang diperlukan oleh para pelajar.
Antara kewujudan pusat sumber adalah untuk mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Di samping itu, dapat berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran juga sebagai tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan. Melihat pada sudut pandangan yang lain, pusat sumber juga berfungsi sebagai tempat untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum dan yang paling penting sebagai penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat agar dapat melahirkan pelajar yang berkembang dalam kemahiran pembelajaran kendiri.
2. Langkah-Langkah Pembentukan Pusat Sumber Sekolah Yang Berkesan
i. Menubuhkan Ahli Jawatankuasa dan pelantikan kakitangan dan merancang pengoperasian supaya Pusat Sumber dapat diuruskan dengan sistematik.
ii. Merancang pengurusan perkhidmatan seperti mengadakan bengkel dan latihan terutama kepada kakitangan yang menjaga dan mengurus Pusat Sumber.
iii. Memberikan penerangan yang jelas kepada pelanggan terutama apabila menerima tetamu luar daripada warga sekolah.
iv. Sentiasa mengemaskini rekod pengurusan lebih-lebih lagi koleksi yang ada di dalam Pusat Sumber serta menyemak stok dan menyediakan laporan tahunan sebagai rujukan pada masa akan datang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan.
v. Mengadakan promosi kelebihan menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber dan menyediakan hadiah kepada pengunjung yang selalu menjejakkan kaki ke Pusat Sumber untuk lebih menggalakkan warga sekolah berkunjung
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, dengan adanya Pusat Sumber Sekolah proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Selain itu, Pusat Sumber juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Akhir kata Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan dimana ia bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan sebagainya boleh didapati disini.
Isnin, 13 Julai 2020
Ciri-ciri Pusat Sumber Yang Berkesan
(b) Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS).
(c) Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dijalankan sepanjang tahun.
(d) Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk mendapat bahan, alatan dan maklumat.
(e) Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.
(f) Perkhidmatan dan koleksi Pusat Sumber Sekolah (PSS) digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran-pembelajaran.
(g) Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.
Fungsi Pusat Sumber Sekolah
Konsep & Objektif Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Konsep Pusat Sumber
1. Kemudahan fizikal
l Kemudahan fizikal yang cukup, selesa dan kondusif bagi tujuan pembelajaran kendiri
l Sebagai contoh kemudahan seperti kerusi meja, komputer dan sebagainya
2. Perkhidmatan
l PSS sepatutnya mempunyai pengurusan yang teratur kerana dengan adanya pengurusan yang teratur, wujudlah perkhidmatan yang baik
l Mempunyai kakitangan yang terlatih terutamanya dalam bidang multimedia untuk membantu pelanggan dalam hal berkaitan media
l PSS juga sepatutnya mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan dan tidak hanya terhad kepada bahan bercetak seperti buku dan sebagainya.
3. Koleksi bahan
l Terdiri daripada bahan cetak dan bahan bukan cetak yang lengkap dan relevan selari dengan perkembangan arus pendidikan
l Koleksi juga hendaklah sentiasa di kemas kini dan tidak bersifat lapuk atau ketinggalan
4. Agen perubahan
l Dapat memupuk minat pelajar dalam bidang pembelajaran dan juga menggalakkan pelajar untuk membuat pembelajaran secara kendiri menggunakan sumber yang disediakan
Objektif Pusat Sumber
1. Penyediaan bahan
l Salah satu objektif PSS adalah untuk menyediakan alat bercetak dan tidak bercetak untuk membantu proses penagajaran dan pembelajaran dengan berkesan
l Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk memupuk minat membaca dan belajar
2. Mewujudkan iklim yang dapat merangsang perubahan dalam kalangan guru & murid
l Penyediaan kemudahan yang cukup dan sempurna sesuai dengan aktiviti yang dijalankan dalam pusat sumber
l Suasana kondusif, tempat yang selesa, penyusunan buku yang teratur dan mudah untuk dicari, koleksi yang sentiasa diperbaharui dan tidak lapuk, kaunter sirkulasi yang cekap dan sebagainya dapat membantu merangsang perubahan dalam kalangan guru dan murid
3. Menggalakkan tabiat belajar pelajar
l PSS menjadi tempat yg menggalakkan tabiat belajar kendiri dan menyiasat melalui pelbagai jenis koleksi yang disediakan oleh PSS.
4. Memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan & mencari maklumat
l PSS juga perlulah membantu pelanggan dalam proses penyelidikan, penyiasatan dan pencarian maklumat
Disediakan oleh : Nabihah Insyirah binti Ilham (D20191087961)
Senarai Nama Ahli Kumpulan
1. Mohd Azlan bin Nordin (D20191089958) 2. Wan Nur Nazira binti Wan Ibrahim (D20191088869) 3. Mohammed S...
-
Pusat sumber ialah tempat yang menyediakan pelbagai kemudahan dan bahan kepada guru dalam membantu mereka memudahkan proses pelajaran dan ...
-
Pusat sumber merupakan tempat utama yang digunakan oleh guru mahupun pelajar-pelajar. Selain itu, bahan rujukan seperti buku ilmiah, bahan d...
-
(a) Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah. (b) Masyarak...
Comments