Isnin, 13 Julai 2020

Ciri-ciri Pusat Sumber Yang Berkesan


(a)   Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah.

(b)  Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS).

(c)  Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dijalankan sepanjang tahun.

(d)  Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk mendapat bahan, alatan dan maklumat.

(e)  Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.

(f)   Perkhidmatan dan koleksi Pusat Sumber Sekolah (PSS) digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran-pembelajaran.

(g)  Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.

Walau bagaimapaun, guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak semata-mata hanya fokus kepada keceriaan PSS tetapi perlu juga memikirkan cara bagaimana untuk menarik perhatian murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti di pusat sumber. Keceriaan ini merupakan satu faktor yang dapat membantu murid untuk berkungjung ke Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Disediakan oleh : Mohd. Azlan bin Nordin (D20191089958)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Senarai Nama Ahli Kumpulan

1. Mohd Azlan bin Nordin                            (D20191089958) 2. Wan Nur Nazira binti Wan Ibrahim          (D20191088869) 3. Mohammed S...