Konsep Pusat Sumber
1. Kemudahan fizikal
l Kemudahan fizikal yang cukup, selesa dan kondusif bagi tujuan pembelajaran kendiri
l Sebagai contoh kemudahan seperti kerusi meja, komputer dan sebagainya
2. Perkhidmatan
l PSS sepatutnya mempunyai pengurusan yang teratur kerana dengan adanya pengurusan yang teratur, wujudlah perkhidmatan yang baik
l Mempunyai kakitangan yang terlatih terutamanya dalam bidang multimedia untuk membantu pelanggan dalam hal berkaitan media
l PSS juga sepatutnya mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan dan tidak hanya terhad kepada bahan bercetak seperti buku dan sebagainya.
3. Koleksi bahan
l Terdiri daripada bahan cetak dan bahan bukan cetak yang lengkap dan relevan selari dengan perkembangan arus pendidikan
l Koleksi juga hendaklah sentiasa di kemas kini dan tidak bersifat lapuk atau ketinggalan
4. Agen perubahan
l Dapat memupuk minat pelajar dalam bidang pembelajaran dan juga menggalakkan pelajar untuk membuat pembelajaran secara kendiri menggunakan sumber yang disediakan
Objektif Pusat Sumber
1. Penyediaan bahan
l Salah satu objektif PSS adalah untuk menyediakan alat bercetak dan tidak bercetak untuk membantu proses penagajaran dan pembelajaran dengan berkesan
l Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk memupuk minat membaca dan belajar
2. Mewujudkan iklim yang dapat merangsang perubahan dalam kalangan guru & murid
l Penyediaan kemudahan yang cukup dan sempurna sesuai dengan aktiviti yang dijalankan dalam pusat sumber
l Suasana kondusif, tempat yang selesa, penyusunan buku yang teratur dan mudah untuk dicari, koleksi yang sentiasa diperbaharui dan tidak lapuk, kaunter sirkulasi yang cekap dan sebagainya dapat membantu merangsang perubahan dalam kalangan guru dan murid
3. Menggalakkan tabiat belajar pelajar
l PSS menjadi tempat yg menggalakkan tabiat belajar kendiri dan menyiasat melalui pelbagai jenis koleksi yang disediakan oleh PSS.
4. Memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan & mencari maklumat
l PSS juga perlulah membantu pelanggan dalam proses penyelidikan, penyiasatan dan pencarian maklumat
Disediakan oleh : Nabihah Insyirah binti Ilham (D20191087961)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan