Rabu, 15 Julai 2020

Bahan dan Perkakasan Yang Terdapat Dalam Pusat Sumber Sekolah



Pusat sumber merupakan tempat utama yang digunakan oleh guru mahupun pelajar-pelajar. Selain itu, bahan rujukan seperti buku ilmiah, bahan dan perkakasan juga merupakan sumber yang boleh kita dapati di setiap pusat sumber sekolah. Oleh itu, bahan-bahan yang terdapat di pusat sumber merupakan alat yang penting untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber-sumber yang terdapat di pusat sumber sekolah dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu hardware dan software.

Bagi sumber software terbahagi kepada dua iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Bahan cetak merujuk kepada bahan yang diterbitkan dalam bentuk buku, bahan khusus, dan terbitan berkala. Kebiasaannya, bahan bercetak ini boleh didapati di perpustakaan. Bahan bercetak biasanya menjadi bahan rujukan utama di mana-mana pusat sumber sekolah. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar akan merujuk sesuatu bahan ilmiah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Bahan bercetak bukan sahaja tertumpu kepada buku-buku ilmiah tetapi majalah, surat khabar dan jurnal juga merupakan bahan bercetak yang boleh didapati di pusat sumber sekolah.
 
 Manakala, bagi sumber bahan bukan bercetak pula ialah perkakasan, perisian, carta, permainan, audio, bahan tiga segi, dan lain-lain. Perkakasan merujuk kepada komponen-komponen yang kebiasaannya digunakan dalam makmal ataupun bengkel. Contohnya, bagi subjek Sains, perkakasan yang biasa digunakan ialah bikar, termometer, stateskop, dan sebagainya. Manakala, bagi subjek Kemahiran hidup pula, kebanyakkan perkakasan disimpan di bengkel.

Pusat sumber juga ada membekalkan beberapa buah computer bagi memudahkan pelajar mencari artikel-artikel tertentu. Komputer yang dibekalkan juga boleh digunakan oleh para guru. Hal ini dikatakan demikian kerana, tidak semua bahan yang dicari oleh pelajar ada dipusat sumber sesetengah sumber perlu diakses di layar internet.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.

Sehubungan dengan itu, bahan-bahan yang disediakan di pusat sumber secara tidak langsung dapat membantu memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat menjimatkan masa. Oleh itu, guru-guru bukan sahaja bergantung kepada bahan bercetak seperti buku ilmiah semata-mata untuk mengajar tetapi juga boleh menggunakan sumber-sumber lain yang disediakan di pusat sumber sekolah  untuk mengembangkan dan menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar. Dengan ini, melalui bantuan sumber-sumber tersebut sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk lebih memahami subjek-subjek yang diajar kerana mereka dapat menjalankan amali di dalam kelas di mana guru mengajar sambil menunjukkan cara bagaimana mahu melakukan tugasan tersebut.

Disediakan oleh : .Wan Nur Nazira Binti Wan Ibrahim (D20191088869)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Senarai Nama Ahli Kumpulan

1. Mohd Azlan bin Nordin                            (D20191089958) 2. Wan Nur Nazira binti Wan Ibrahim          (D20191088869) 3. Mohammed S...